AYAH DAN IBU

Posted by manz under WayangMu wayang kita?????

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Besar pengorbanan ayah dan ibu..Membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.Tapi apa pulak yang kita dah sumbangkan untuk membalas jasa diorang?.Sedih hati aku nih bila teringatkan pengorbanan mak ayah kat aku.Diorang tak pernah merungut pun walaupun aku nih banyak songeh.Dari aku kecik sampai sekarang nih aku masih berusaha membahagiakan diorang.Its not about money actually.Kasih sayang yang diorang bagi takleh kita nak balas dengan duit.Pengorbanan tuh tak tau sebenarnya nak bayar dengan apa.Hati diaorang kita calari dalam keadaan sengaja atau tidak.Tapi diorang tetap sabar.Melayani telatah kita nih.Sebab kita nih anak.Tapi sebenarnya menghormati ibu bapa adalah satu kewajipan yang wajib dan harus dilakukan.Seperti mana firman ALLAH SWT:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat,anak-anak yatim,orang-orang miskin,jiran tetangga yang dekat dengan jiran dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.Musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-bangga diri”.

Begitu tinggi islam meletakkan martabat ayah dan ibu.Sehinggakan redha Allah terletak dibawah redha ayah dan ibu.Sekali ayah ibu redha.seribu kali ALLAH redha.Tapi kita suka jugak buat benda yang Allah tak redha.Aperkah tak cukup lagi pengorbanan mereka untuk kita selama nih.Bayang kan lah bila kita nih dah berkeluarga.Macam mana agaknya kita nak didik anak2 kita.Dapat kah kita didik diorang sama macam mak ayah kita didik kita?.Mampukah kita melayan kerenah anak2 kita.Mampukah kita jadi anak2 yang baik.Persoalan dan jawapan untuk semua tuh kita yang patut jawab.

Jika kita sudah bergelar seorang bapa dan hidup berkeluarga serta beranak-pinak, kita bayangkan betapa susahnya kita berusaha untuk mendidik anak-anak kita agar menjadi manusia yang berguna. Segala kemampuan dan kewangan banyak kita habiskan untuk anak semata-mata , demi memastikan anak-anak yang kita asuh menjdi manusia yang berguna, kita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membelipakaian, semua keperluan dan menyekolahkan mereka kesekolah yang dianggap berpotensi untuk menjadikan anak kita cemerlang.Ibu bapa mencurahkan segala kasih sayang kepada anak-anak disamping menunaikan segala keperluan mereka. maka begitu jugalah yang dilakukan ibu bapa kita terhadap kita suatu ketika dahulu. Ibarat roda yang berpusing dan kini sudah tibalah giliran kita pula.

Islam juga memandang tinggi jasa seorang ibu.Kenapa pulak islam memandang tinggi seorang ibu???sebab bersandarkan hadis dari Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh imam al-bahari daripada abu hurairah r.a menceritakan bahawa baginda nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki lalu bertanya kepada baginda s.a.w yang bermaksud:

“Siapakah orang yang patut aku berbuat baik?. Rasulullah s.a.w menjawab ibumu. Kemudian siapa lagi?, ibumu. Kemudian siapa lagi?,ibumu.Kemudian siapa lagi?, bapamu,kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.”

Berapa kali ditekan kan word ibu kat situ.Ibu berperang dengan sakit dan maut untuk lahirkan kita.Bayang kan time kita kecik2 dulu.Nyamuk pun dia tak bagi gigit kita.And kita mengada-ngada lak nangis2 tengah malam tapi ibu tetap gak bangun dan menenangkan kita.Tapi apa kita buat bila kita dah besar??kita pulak yang buat ibu kita nangis.Sehingga ada lak yang sanggup,bukan bunuh nyamuk.Tapi dengan ibu2 tuh sekali dia bunuh.Apa kes pulak nih.Mana perginya otak orang yang macam nih.Bila dunia dah bersarang dalam hati.Maka terjadilah konflik dalam hati kita nih untuk menilai kebaikan dan kejahatan(jiwa kacau beb)Firman ALLAH:

“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkat kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “AH”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.

Tapi kita tak amalkan semua tuh kan??bukan setakat ah!!entah apa lagi ayat yang kita dah cakap kat ibu kita.Sedihkan.Cuba kita letakkan diri kita ditempat ibu.Kita bela anak kita dari kecik sampai besar.Kita doakan dia jadi anak yang baik.Tapi bila dah besar jadi sebaliknya.Sedih wooo…memang sedih…

Sebagai rasa kasih sayang dan tanggungjawab kita kepada kedua ibu bapa,marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka,selagi ia tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat,sekiranya ibu bapa kita masih hidup.Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga allah merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan Auliak dan Solihin

“Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.Setelah ia besar sampai keperingkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata :”Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunan. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

(Al-Ahqaaf ayat 15)

Makkk!!Bapakkk!!!!kamek sayang kitakkkk!!!!!!!!

Ya Allah,Rendahkanlah suaraku bagi mereka, Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka.Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda. Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu…. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. Amin Ya Rabbul Alamin.. Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,  keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah… Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya  didahulukan didunia ini.

Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu… 

Kerolazhar..Kuala Lumpur…. 

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image