BAGAI MELUKUT DI TEPI GANTANG

Posted by manz under WayangMu wayang kita?????

Aku suka sangat lagu nih…bila aku dengar lagu nih aku ingat lah kat member aku sorang nih…..Setelah meminta kebenaran dia aku pun dibenarkan untuk mengeshare kisah member aku yang identiti nya dirahsia kan.

Sebelum nih member aku nih agak senang hidup dia.Memang tak pernah susah.Dok tempat yang tak berapa tinggi kos hidup bersama family terchenta.Single and available time tuh.Sehinggalah dia jumpa sorang minah yang telah ubah hidup dia.Dari the best life ever kepada life yang tak best langsung.Kerana sayang manusia sanggup buat apa jer.Tinggal kan kemewahan dan kesenangan hidup untuk dapat hidup yang kononnya lagi best dari kehidupan yang dah best tapi dirasakan kurang best.Member aku nih pun berpindah la dari kehidupan lamanya itu ke kehidupan nya yang baru kerana chentanya kepada seorang wanita..So perjalanan hidup dia pun bermula.

Segalanya berjalan seperti biasa.Pertemuan dengan seorang pompuan yang dikenali di internet berjalan seperti yang dijangkakan.Biasa lah kan baru mula berchenta dan berkasih.Sebab dah sayang.Tak kisah la pompuan tuh lawa ker tak.Yang penting ada rasa sayang.Pertemuan pertama is the best la..sebab tak ader plak dia ceritakan benda yang sedih2.Semua cerita yang hebat2 dipertemuan pertama.Jalan2 sama2.Sebab waktu tuh semua benda indah belaka…So bila dah berakhir pertemuan pertama dan masing2 dah balik umah maka timbul lak rasa rindu..Rasa nak sangat bersama pompuan tuh.Setiap masa bak kata orang kalau dah sayang tgk atap umah orang tuh pun jadilah janji rindu terubat…Apa eh kita nak kategorikan penyakit nih..kalau dalam bahasa pasar nyer angau. suatu penyakit yang susah nak ubat.Pesakit biasa nya akan mengalami kesakitan di bahagian dada..Kalau tak dirawat akan giler lah hendaknya.Hari demi hari mengenangkan kekasih yang jauh diperantauan.Kalau tak bersama…dok kat tanah yang sama pun tak perlah…janji tak dipisahkan oleh laut china selatan.Member aku nih orang sabah…Pompuan nih pulak dok melaka.So rindu n banyak sekali janji2 maka member aku nih menunaikan janji yang pertama untuk dudok kat semenanjung malaysia.Maka berhijrahlah kawan ku ini…

Hati yang dah siap2 dikeringkan dibawa bersama2 ke semenanjung malaysia.Tahun pertama diaorang kerap sangat jumpa.Setiap kali jumpa maka terubat rindu kat hati dan begitulah seterusnya.Member aku nih pulak carik lah kerja.Wat apa saja nak survive kat semenanjung malaysia nih janji segalanya berjalan seperti yang dirancang.Dalam otak memang tergambar semua keindahan..Nak kawin matlamat utama.

Setelah masuk tahun ketiga rasanya.Kawan aku nih ditimpa pelbagai masaalah.Masaalah yang sukar nak settle.Biasa lah hidup kat kota besar.Memang perlu kos yang besar.Awek tuh memang banyak tolong dia.Dan member aku nih kuat berahsia jugak..Dia tak nak orang nampak kebodohan dia.Yang sebenarnya bodoh lah jugak adernyer.So 1 day..Asyik tolong jer awek dia nih pun blah la dari idup dia…Dia dok merayu awek dia balik kat dia..Tapi awek tuh dah tak nak.Korang rasa pengorbanan dia berbaloi ker tak??Dah tinggalkan tempat kelahiran dia..Bila dia susah plak awek dia blah??maka berulam jantung lah member aku nih hingga kini….aku tak cerita detail sangat sebab perasaan dak nih dah digambarkan oleh lagu yang dibawah nih..Moralnya…kalau kita senang ramai yang sayang kita .Tapi kalau kita susah…sikit jer orang yang akan stay dengan kita.And hargailah orang yang sikit tuh…sebab banyak manapun jumlah orang tersebut takkan memberi kesan positive kalau kita susah diaorang blah…nih intro jer tau…rangka citer…nanti aku citer complete tentang citer member aku nih…. aku wat macam novel la…insyaallah….

Melukut Ditepi Gantang - Aishah

One Response to “BAGAI MELUKUT DI TEPI GANTANG”

  1. iNia LuRun Says:

    salam..

    sedeynyew kisah hidup kawan kerol.. hmm.. May Allah bless him. Ada hikmah di atas semua yang terjadi itu. May he be strong.

    sedey lagik biler dengar lagu Aisyah ni… adoi la… hmm.. hidup ni banyak cabarannya. biler dah baca tentang kisah hidup ni, inia ley buat kesimpulan, cinta tak boleh dibawa ke mana (memang boleh, kalau kahwin and pastu baru bercinta pown ok gaks. ikut hukum agama lagik.). persahabatan lar yang paling penting sekali. Antara Cinta dan Sahabat, Sahabat lagi bermakna. Dan antara sahabat dan Kawan, Sahabat itulah lagi hebat. Kerana sahabat akan sentiasa bersama kiter susah dan senang.

    Napew inia cakap tentang sahabat pulak ek? Padahal ‘posting’ blog ni tentang cinta? Hmm.. sebab inia pown pernah gak kena penangan ‘cinta Internet’ nie. Dan kesannya? Adalah dari segi emosional ler. Pompuan kalo ader poblem with love, kerja terganggu. My excellent academic achievement jadik makin teruk. hmm.. tapi alhamdulillah still berada di atas paras OK of my expectation untuk grad. Alhamdulillah.

    Tapi itulah, cinta yang palsu akan merubah seseorang dan daripada pengalaman itu, para sahabat inialah yang sentiasa memberi semangat mental dan spiritual tuk inia teruskan perjuangan bagi dapat graduate. Alhamdulillah, pengalaman yang pahit, ada hikmahnya. Pahit tang lain, Manis tang lain. Sahabat adalah yang paling panting sekali… InsyaAllah..

    So, buat kawan Kerol, moga beliau tabah dan tak apa, hidup ini memang banyak Asam dan Garam.. (sampai ramai orang dapat gastrik and hypertension lagik.. haha). tapi, ye lar.. Allah tak akan duga hamba-Nya melebihi had yang hamba-Nya ley pikul. Be thorough in your life, Be Positive, jangan because of this one experience tanam cita-cita nak ‘mainkan’ perempuan pulak. tak baikkkk.. :D Buat kawan Kerol lagi, carilah sahabat yang baik kerana ia sangat sukar tuk dicari dalam dunia ini. sekali dah jumpa, InsyaAllah, akan berbahagialah kamu. Cinta itu general. cinta kepada sahabat juga membahagiakan taw. ;)

    aiyak. membebel laks… (cowi kerol… inia bab membebel guner keyboard ni rajin.. hahaha..) ok. May Allah Bless us human.

    “Bersahabatlah kerana Allah, nescaya hidupmu diterangi pelita yang akan menerangi hidupmu” - unknown.

    Syukran.

Leave a Reply

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image